Friday, December 25, 2009

Punca-punca Kelupaan Dan Tips Menghilangkan Kelupaan;-

1.Maksiat

2.Banyak Melakukan Dosa

3.Suka fikir pada jalan dunia

4.Banyak membimbangkan dengan pergantungan dunia

5.makan buah tuffah(epal) yang masam

6.Berbekam lalu buan darah dilubang tengkok

7.Memakan sesuatu yang menambahi balgham(lendir), seperti terlalu banyak minum air

Kata qil: telah muafaqat 70 nabi 'alaihisalam, atas bahawasanya banyak lupa itu daripada banyak balqham itu. banyak balqham itu daripada banyak minum air. Dan banyak minum air daripada banyak makan.

Dan makan roti kering memutuskan balqham. Dan demikian lagi makan buah Zabib pagi-pagi sebelum memakan sesuatu, dan jangan banyak makan maka ia akan berhajat kepada minum air, jadi bertambah balqham. Dan bersugi itu mengurangkan balqham dan menambahi hafaz dan fasih lidah.

Thursday, October 8, 2009

Apa itu Tarikat?

Tarikat ialah perjalanan......

Satu terjemahan daripada perjalanan diri manusia menuju Kehadrat Ilahi(perjalanan Hati)

Bermula dengan SYariat.....kemudian Tarikat....Dan Hakikatnya....Lalu Makrifah.

Kalau tak masuk Kumpulan tarikat pun , kita boleh Bertarikat dengan berzikir sendirian menyebut Nama Allah Banyak Banyak , tidak kira masa dan di mana sahaja. Dalam HATI>

Biasanya kumpulan tarikat akan memilih zikir zikir tertentu dari nama Allah dan di ajarkan kepada muridnya secara berperingkat....mengikut tahap yang dapat diterima Muridnya.

APAKAH TA'RIF TORIQAT SUFIYYAH?


Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu mengerjakan Zikrullah, Muraqabah (tafakkur/merenung) dan Mushadah (syuhud/menyaksikan) sehingga seseorang menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyah dengan sebenar Ubudiyyah

Toriqat Sufiyyah menerangkan cara2 seseorang menjalani jalan Ketuhanan sehingga menjadi hamba Allah yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah.

Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah Dengan demikian membebaskan dirinya daripada sifat2 mazmumah (sifat2 kekejian) serta menghiasinya dengan segala sifat Mahmudah(sifat2 kepujian).

Toriqat Sufiyyah adalah satu disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan kitabullah dan Sunnah RasulNya. Dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta'ala dengan RahmatNya kepada hakikat Islam, Iman dan Ihsan.


Dan banyak lagi makna-makna yang serupa yang diberikan oleh sekalian Arifin Billah yang semua ini tidak bertentangan. Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri) bebas daripada segala sesuatu selain Allah. Sehingga hanya Allah bertahta didalam hatinya.

Latihan ini adalah berperingkat2 dan melalui jangkawaktu yang lama. Semuanya bergantung kepada keikhlasan seseorang menuju Allah serta Rahmat Allah kepadanya untuk menarik hamba itu ke hadratNya.

Wednesday, September 30, 2009

BACA DAN RENUNGKAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA
terjatuh dalam telaga.... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN
pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa
sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi
tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana...
KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.... Walau kita
punya couple, teman still paling setia.. Walau kita punya harta banyak,
teman still paling berharga. Kirim balik jika awak anggap saya teman
awak selamanya. Kirim ke semua teman awak......dan lihat berapa banyak
teman yang sayang awak!!!!!!!! !!!!! frenz never break

Sunday, March 8, 2009

BERSANGKA-SANGKA

Orang berbohong disangka benar

Orang bercakap benar disangka bohong

Orang beribadah disanga riak

Orang relaks disangka malas

Orang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk

Orang paikai baju buruk disangka zuhud(hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka jahat

Orang jahat disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka sombong

Orang muzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyindir

Orang menawan disangka pakai susuk

Mana tahu yang diam itu berzikir kepada Allah

Mana tahu yang senyum itu kerana hendak bersedekah

Mana tahu yang masam itu mengenangkan dosanya

Mana tahu yang menawan itu bersih hati dan mindanya

Jauhilah sikap bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah seperti musnahnya kayu kerana api. Satu benda yang kita lihat macam-macam kesimpulan yang kita buat. Semuanya bergantung niat dan bagaimana cara kita melihat.

DIMANAKAH KITA ???

Friday, February 27, 2009

Kata-kata Imam Syafie tentang ilmu

Tuntutlah ilmu walaupun ke negara China...
IQRA'.. Bacalah.....

Kata-kata Imam Syafie tentang ilmu

*Sesiapa menuntut ilmu, maka hendaklah ia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

* Perhiasan ulama ialah petunjuk (At Taufik) manakala pakainnya pula ialah baik akhlaknya sementara kecantikan mereka ialah jiwa mulia.

* Sesiapa hendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga hendaklah ia mencari ilmu.

* Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi ketua, apabila kamu menjadi ketua maka tidak ada jalan lagi untuk belajar.

Nasihat Imam Syafie .a

* Orang yang membenarkan Allah S.W.T, nescaya terlepas dari bahaya.

* Orang yang sayang kepada agama-Nya, nescaya dari kehinaan.

* Orang yang zuhud pada dunia, nescaya tetaplah dua matanya memandang pahala daripada Allah Taala pada hari esok.

Orang yang ada padanya 3 perkara

* Orang yang menegakkan amar maa ruf terhadap org lain dan terhadap dirinya.

* Orang yang menjalankan nahi mungkar terhadap org lain dan terhadap dirinya.

* Orang yang menjaga batas-batas yang ditentukan oleh Allah Taala.

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Sunday, February 22, 2009















Anda Mampu mengubahnya...... BOIKOT BARANGAN ISRAEL!
Kita berkewajipan memainkan peranan bagi mengubah nasib saudara seagama kita di Bumi Palestin yang kian bergolak kerana dizalimi dan ditindas sewenang-wenangnya oleh Rejim Israel

Sunday, February 15, 2009